Tuesday, 19 March 2013

PENGENALAN




Dalam sistem pasaran yang semakin kompleks,kita terpaksa berhadapan dengan pelbagai kerenah peniaga atau pembekal mahupun pengguna. Sehubungan itu,ilmu kepenggunaan bukan lagi merupakan pilihan tetapi keperluan bagi kita semua yang setiap masa memainkan peranan sebagai pengguna,peniaga dan pembekal. Dengan menjadi pengguna yang bermaklumat,kita akan sentiasa berwaspada terhadap barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam pasaran supaya kita memperoleh barangan atau perkhidmatan yang memberi nilai untuk wang yang dibelanjakan.

Bagi mewujudkan situasi yang selamat,Kelab Pengguna Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah menyediakan pelbagai landasan kepada para pengguna untuk menangani isu-isu yang membabitkan perlindungan hak-hak pengguna samada dari sudut pemberian khidmat nasihat,penguatkuasaan undang-undang mengikut akta yang telah ditetapkan oleh Tribunal Tuntutan Pengguna untuk membolehkan pengguna membuat aduan sekiranya mereka hak pengguna mereka dicabuli.

Kelab ini disertai oleh pelajar-pelajar semester 2 Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah sesi Disember 2012. Penubuhan kelab ini juga dapat mengeratkan hubungan mesra antara ahlinya dan pelajar-pelajar yang lain.

No comments:

Post a Comment