FOMCA merupakan gabungan persatuan-persatuan pengguna-pengguna Malaysia. Ia merupakan sebuah pertubuhan sukarelawanyang menjadi payung bagi persatuan pengguna gabungannya. FOMCA bekerja rapat dengan kerajaan dan badan bukan kerajaan di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dalam memberikan maklumat,pendidikan dan perlindungan kepenggunaan.
Diantara peranan FOMCA ialah:
- Sebuah badan yang memberi dan menyebarkan maklumat
- Sebuah badan pendidik yang memberi pendidikan kepada semua pengguna
- Sebuah badan bertindak yang memberi perlindungan kepada pengguna
- Sebuah badan yang menyiasat,membuat kajian dan ujian untuk memperoleh maklumat yang benar